Thursday, 11 February 2016

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mahu skuad pelapis kebangsaan mengambil peluang membuktikan kemampuan diri ketika beraksi di Kejohanan Berpasukan Asia (BATC) di Hyderabad, India yang bermula minggu depan. 

Baginya menang atau kalah bukan ukuran tetapi apa yang penting adalah pemain mampu memberi saingan kepada lawan yang akan dihadapi. 

"Saya harap pemain akan buat yang terbaik, ...menang atau kalah tak apa, tetapi buktikan yang mereka mampu beri saingan. 

"Saingan di peringkat kumpulan memang kuat tetapi lawan tetap lawan," kata Chong Wei yang ditemui selepas menjalani latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini hari ini.

 Chong Wei mengakui skuad negara akan berdepan laluan sukar mara ke pusingan akhir Piala Thomas kerana diundi dalam Kumpulan A bersama juara bertahan, Jepun, Nepal dan Sri Lanka tetapi itu bukan alasan untuk pemain tidak menampilkan aksi terbaik mereka.

 Pemain profesional, Zulfadli Zulkiffli akan mengetuai cabaran perseorangan lelaki bersama juara kebangsaan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Soong Joo Ven dan Soo Teck Zhi manakala Tan Kian Meng, Ong Yew Sin, Low Juan Shen, Teo Ee Yi, Tan Wee Gieen dan Tan Chee Tean pula bagi acara beregu.

 Skuad wanita pula akan dibarisi Ho Yen Mei, Goh Jin Wei and Lee Ying Ying dan Lim Yin Fun bagi acara perseorangan manakala beregu pula diwakili Vivian Hoo/Woon Khe Wei, Amelia Alicia/Soong Fie Cho dan Lee Meng Yean/Low Juan Shen.

 Skuad negara dijadualkan bertolak ke India malam ini.

 Kejohanan BATC itu turut menawarkan slot ke pusingan akhir Piala Thomas dan Piala Uber yang berlangsung di Kunshan, China dari 15 hingga 22 Mei ini. 

Chong Wei turut berharap kehadiran jurulatih perseorangan baharu iaitu Indra Wijaja yang juga bekas pemain Indonesia dapat menaikkan prestasi pemain perseorangan pelapis negara.

 "Pemain muda perlu mengambil peluang menimba ilmu daripada Indra. Beliau sangat berpengalaman. Kerjasama juga penting dan saya berharap beliau dapat membantu jurulatih saya dengan memberikan idea baharu untuk persiapan ke Sukan Olimpik Ogos ini," katanya.

 Sementara itu, Chong Wei turut berharap kedatangan Tahun Monyet sempena Tahun Baru Cina kali ini dapat memberikan tuah kepadanya untuk meraih pingat emas di Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil nanti.

 "Jangan letak tekanan kepada saya. Saya akan buat yang terbaik dan saya juga mahu lebih menikmati beraksi di Sukan Olimpik kali ini," kata pemenang pingat perak 

No comments:

Post a Comment