Kedua-dua mempelai disambut dengan iringan bacaan selawat dan paluan kompang sebaik sahaja tiba di pekarangan hotel, tepat jam 1 petang.
Ketibaan pasangan sejoli itu turut diiringi 237 motosikal berkuasa tinggi sebelum diarak masuk ke dewan untuk bersanding.
Syatilla anggun menggayakan busana warna putih rekaan Arma Couture manakala Shaheizy tampak segak dengan sut yang direka khas oleh Lord's Tailor.
Majlis resepsi turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas; Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, dan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Peminat mula membanjiri pekarangan pusat penginapan itu sejak jam 11 pagi bagi melihat dari dekat kedua-dua pasangan pengantin berkenaan.
Setakat ini, lebih 5,000 tetamu dilaporkan menghadiri majlis resepsi yang bermula pada jam 12 tengah hari itu.
Syatilla dan Shaheizy dinikahkan pada jam 9 malam tadi.
Pada 14 Februari pula, majlis resepsi di sebelah pengantin lelaki akan berlangsung di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.

No comments:
Post a Comment