uat bangsal di tengah hutan,
Tebaslah hutan buat halaman,
Di tepi halaman menanam kubis,
Diselang dengan pokok papaya;
Biarlah sabar dengan perlahan,
Itulah tanda tuan beriman, Tidak patah digoncang iblis,
Akhirnya tuan menang berjaya.
|
Orang yang beriman mempunyai sifat sabar dalam diri yang dapat mencegah daripada dihasut oleh iblis dan akhirnya akan berjaya dalam hidup.
|
Ikan teluk parang-parang,
Anak ketam disangka lelabi,
Berburu musim tengkujuh,
Dapat buruan dibelah-belah;
Bukan makhluk sebarang-barang,
Cucu Adam sepaian nabi,
Turun dari langit ketujuh,
Jadi khalifah kepada Allah.
|
Manusia bukan sebarang makhluk kerana ia adalah daripada keturunan nabi Adam yang diturunkan daripada langit ketujuh untuk menjadi pemimpin dibumi Allah.
|
Lengkang-lengkung apa dipaku,
Paku jatuh patah dua,
Menjadi riuh orang didarat,
Anak Cik Itam jatuh jalar;
Bumi kandungan nenek moyangku,
Kerana lalai rosak binasa,
Kebudayaan Timur dinodai Barat,
Bahasa ibunda hina terbiar.
|
Bumi yang diwarisi daripada nenek moyang akan musnah jika kita leka. Budaya Timur akan lenyap apabila dipengaruhi oleh budaya Barat sehingga bahasa ibunda terpinggir di bumi sendiri
|
Sunday, 14 February 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment